• Carian :

Slogan Jabatan

  • Pada tahun 2021, Mesyuarat Pengurusan Universiti telah merealisasikan hasrat jabatan untuk penggunaan slogan ‘MESRA BERINTEGRITI’. Slogan ini penting dalam membentuk identiti Jabatan Keselamatan agar lebih keterlihatan dan berdaya saing sekaligus dapat menyuntik semangat anggota untuk terus memberikan perkhidmatan yang mesra, profesional, cepat dan berkesan. YBrs. Tuan Pendaftar telah merasmikan penggunaan slogan ini pada 19 Februari 2021 secara rasminya telah digunakan sehingga ke hari ini. Slogan Ini Berteraskan Penetapan Berikut: 

 

  • MESRA

    • Perkhidmatan yang serata dan setara disediakan akan memudahkan dan mempercepatkan proses perkhidmatan melalui interaksi secara langsung yang mesra dan mementingkan keperluan pelanggan.

 

  • BERINTEGRITI

    • Staf yang berintegriti akan berpegang teguh kepada prinsip kompeten, amanah, telus yang pastinya dapat melonjakkan kualiti perkhidmatan jabatan. Berintegriti bagi slogan ini lebih kepada integriti akhlak yang membawa maksud amanah, bertanggungjawab, berbudi mulia, rajin, tekun, sabar dan bersikap terbuka dalam menerima sebarang teguran mahupun nasihat.