News and Event
- Details
- Written by: asyraf
- Category: News and Event
- Hits: 689
Slogan Jabatan
-
Pada tahun 2021, Mesyuarat Pengurusan Universiti telah merealisasikan hasrat jabatan untuk penggunaan slogan ‘MESRA BERINTEGRITI’. Slogan ini penting dalam membentuk identiti Jabatan Keselamatan agar lebih keterlihatan dan berdaya saing sekaligus dapat menyuntik semangat anggota untuk terus memberikan perkhidmatan yang mesra, profesional, cepat dan berkesan. YBrs. Tuan Pendaftar telah merasmikan penggunaan slogan ini pada 19 Februari 2021 secara rasminya telah digunakan sehingga ke hari ini. Slogan Ini Berteraskan Penetapan Berikut:
-
MESRA
- Perkhidmatan yang serata dan setara disediakan akan memudahkan dan mempercepatkan proses perkhidmatan melalui interaksi secara langsung yang mesra dan mementingkan keperluan pelanggan.
-
BERINTEGRITI
- Staf yang berintegriti akan berpegang teguh kepada prinsip kompeten, amanah, telus yang pastinya dapat melonjakkan kualiti perkhidmatan jabatan. Berintegriti bagi slogan ini lebih kepada integriti akhlak yang membawa maksud amanah, bertanggungjawab, berbudi mulia, rajin, tekun, sabar dan bersikap terbuka dalam menerima sebarang teguran mahupun nasihat.
- Details
- Written by: asyraf
- Category: News and Event
- Hits: 1134
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam sejahtera,
Selamat datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Keselamatan(JKes) Universiti Malaysia Perlis. Laman web ini merupakan salah satu inisiatif kami untuk menyediakan platform kepada pelayar untuk mendapatkan informasi mengenai JKes UniMAP.
Sebagai jabatan yang diamanahkan menjaga keselamatan kampus, kami bertekad sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi memastikan setiap individu yang berada di dalam kampus universiti samada warga kampus, tetamu atau pelawat sentiasa berasa selamat sepanjang menjalankan kerja dan aktiviti di dalam kampus.
Selain itu juga JKes beriltizam sentiasa komited diatas segala tugasan yang diamanahkan. Ianya selari dengan slogan jabatan iaitu “MESRA BERINTEGRITI” di mana perkhidmatan yang disediakan secara serata dan setara akan memudahkan dan mempercepatkan proses perkhidmatan melalui interaksi secara langsung yang mesra dan mementingkan keperluan pelanggan, disamping berintegriti dan berpegang teguh kepada prinsip kompeten, amanah dan telus.
Harus diingat, keselamatan Universiti ini juga adalah tanggungjawab bersama setiap warga universiti iaitu dengan mematuhi arahan-arahan keselamatan yang dikeluarkan dan sentiasa berwaspada dengan persekitaran samada di tempat kerja, kelas atau di kolej kediaman.
Akhir kata, diharapkan para pelayar yang mengunjungi laman web ini mendapat informasi yang diperlukan bagi memudahkan lagi urusan berkaitan JKes UniMAP.
Sekian dan Terima kasih.