• Carian :

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam sejahtera,

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Keselamatan(JKes) Universiti Malaysia Perlis. Laman web ini merupakan salah satu inisiatif kami untuk menyediakan platform kepada pelayar untuk mendapatkan informasi mengenai JKes UniMAP.

 

Sebagai jabatan yang diamanahkan menjaga keselamatan kampus, kami bertekad sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi memastikan setiap individu yang berada di dalam kampus universiti samada warga kampus, tetamu atau pelawat sentiasa berasa selamat sepanjang menjalankan kerja dan aktiviti di dalam kampus.

 

Selain itu juga JKes beriltizam sentiasa komited diatas segala tugasan yang diamanahkan. Ianya selari dengan slogan jabatan iaitu “MESRA BERINTEGRITI” di mana perkhidmatan yang disediakan secara serata dan setara akan memudahkan dan mempercepatkan proses perkhidmatan melalui interaksi secara langsung yang mesra dan mementingkan keperluan pelanggan, disamping berintegriti dan berpegang teguh kepada prinsip kompeten, amanah dan telus.

 

Harus diingat, keselamatan Universiti ini juga adalah tanggungjawab bersama setiap warga universiti iaitu dengan mematuhi arahan-arahan keselamatan yang dikeluarkan dan sentiasa berwaspada dengan persekitaran samada di tempat kerja, kelas atau di kolej kediaman.

 

Akhir kata, diharapkan para pelayar yang mengunjungi laman web ini mendapat informasi yang diperlukan bagi memudahkan lagi urusan berkaitan JKes UniMAP.

 

Sekian dan Terima kasih.