FAQ

1. Dimanakah letaknya Jabatan Keselamatan UniMAP?

Jabatan Keselamatan UniMAP terletak di NO 25 Jalan Meranti Paya,Off Jalan Bukit Lagi,01000 Kangar , Perlis dan berada di belakang Bangunan Hong Leong Bank Kangar.

2. Siapakah Pengarah Jabatan Keselamatan UniMAP ?
Jabatan Keselamatan UniMAP kini diketuai oleh YDH Dato' SAC Zull Aznam Harun bekas Ketua Polis Perlis. 
3. Perkhidmatan apakah yang diberikan oleh Jabatan Keselamatan UniMAP?
Jabatan Keselamatan UniMAP memberikan perkhidmatan kawalan keselamatan kepada semua kakitangan ,pelajar dan aset Universiti serta memastikan persekitaran yang baik dipelihara oleh semua pihak .Jabatan keselamatan juga memastikan persekitaran lalu lintas yang lancar dan teratur.
4. Bagaimanakah Jabatan Keselamatan UniMAP beroperasi?
Jabatan Keselamatan UniMAP beroperasi dengan diketuai oleh seorang pengarah dan dibahagikan kepada dua iaitu Unit Pentadbiran serta Unit Operasi .

5. Bagaimanakah saya hendak mendapatkan pas kenderaan ?
Sekiranya pihak tuan/puan berhasrat hendak memiliki pas kenderaan ,pihak tuan/puan bolehlah memohon dan mengisi borang pas kenderaan di kaunter jabatan keselamatan atau memuat turun borang di website rasmi Jabatan Keselamatan UniMAP
6. Bagaimana jika memerlukan perkhidmatan kawalan keselamatan?
Sekiranya memerlukan perkhidmatan kawalan keselamatan pihak tuan/puan boleh memohon secara bertulis kepada Pengarah,Jabatan Keselamatan UniMAP. 
7. Bagaimana jika saya hendak membuat aduan berkaitan keselamatan ?
Jabatan Keselamatan kini boleh dihubungi melalui di talian 04-979 8181,04-979 8571 dan email:jabatankeselamatan@unimap.edu.my
atau memuat turun borang aduan di website rasmi Jabatan Keselamatan UniMAP