News and Event

News and Event (9)

 

 

 

 

 

 

 

 

No. Rujukan : UniMAP/ICT/Post: 03/18 (422)
Tarikh         :  09 Mac 2018
 
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
 
YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

MAKLUMAN PENJUALAN PELEKAT KENDERAAN KEPADA PELAJAR 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2. Adalah dimaklumkan bahawa bagi memudahkan pelajar-pelajar membeli pelekat kenderaan UniMAP, pihak Jabatan Keselamatan akan membuat penjualan pelekat kenderaan keluaran 2018/2019 pada 12 mac 2018(Isnin) di lokasi-lokasi seperti ketetapan berikut: 

          a) Tempat: PF2 (Hadapan ATM) 
               Masa: 10.00 pg - 1.00 tghari 

          b) Tempat: Pejabat Keselamatan Blok A1, UniCITY 
               Masa: 2.30 ptg - 4.00 ptg 

3. Dimaklumkan juga, penjualan pelekat ini hanya untuk pelajar sahaja. Pelekat kenderaan untuk staf masih belum dapat dikeluarkan atas beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. Sekiranya pelajar-pelajar tidak sempat hadir untuk membeli pelekat seperti ketetapan di atas, pelajar boleh juga membeli pelekat berkenaan di pejabat Jabatan Keselamatan Kangar pada hari bekerja(Isnin-Jumaat) dari jam 8.30 pagi - 3.30 petang . 

4. Selain itu, sebelum pembelian pelekat mohon para pelajar melengkapkan borang permohonan pelekat kenderaan seperti dilampiran.Borang Pelekat Kenderaan Pelajar juga boleh didapati di:  https://keselamatan.unimap.edu.my/v3/index.php/download/form

Sekian, terima kasih 


Pejabat Jabatan Keselamatan 
Universiti Malaysia Perlis
 

 

Jakarta 7 Disember 2017- Jabatan Keselamatan UniMAP membuka lembaran baru dengan mewujudkan hubungan antarabangsa bersama pihak Universitas dan Polis di Indonesia. Jalinan antarabangsa ini diperolehi menerusi Lawatan Penandaaras yang disertai Pengarah Jabatan Keselamatan UniMAP, Dato' Zull Aznam Haron semasa menyertai delegasi bersama Pasukan Polis Bantuan dan Akademi Kepolisan UiTM - PDRM.

Selain berkongsi struktur dan pengoperasian keselamatan kampus di Universiti Indonesia (UI) dan peningkatan ilmu di Sekolah Tinggi Ilmu Kepolisan (STIK) , hari ini Dato' Zull Aznam turut melawat dan berkongsi kepakaran di Markas Komando Kor Briged Mobil (BRIMOB) Polis Republik Indonesia (POLRI). Kunjungan disambut sendiri oleh Brigadir Jenderal Drs. Abdul Rakhman Baso, Komandan Pasukan Pelopor.

Jenderal Abdul Rakhman dalam ucapannya mengalu-alukan lawatan dan perkongsian bersama ini kerana mampu meningkatkan kerjasama 2 negara melalui universitas. Beliau juga menjemput sekali lagi mana-mana universitas untuk berkunjung lagi ke Markas BRIMOB demi mengukuhkan hubungan serumpun serta berkongsi kepakaran masing2 dalam menangani ancaman keganasan.

Kor BRIMOB POLRI adalah pasukan khas komando bagi menangani rusuhan, insiden pengeboman, anti terrorist dan operasi khas.

Turut hadir menyertai lawatan ini ASP/KS YM Raja Shah Erman Raja Arifin, Pegawai Tadbir Kanan Jabatan Keselamatan

 

 

 


Kangar 30 Nov 2018 -Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Jabatan Keselamatannya hari ini menghoskan Mesyuarat Jawatankuasa Pengarah Keselamatan Universiti Awam (JPKUA) Malaysia yang berlangsung di Kampus Alam Pauh Putra. JPKUA adalah jawatankuasa yang dianggotai semua Pengarah/Ketua Jabatan/Bahagian Keselamatan di Universiti2 Awam Malaysia.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Kapt (B) Yusof Romli, Pengarah Keselamatan UTHM yang juga Pengerusi JPKUA. Kira - kira 18 ahli yang hadir pada mesyuarat kali ini. Pengarah Keselamatan UniMAP, Dato' Zull Aznam Haron dalam ucapan aluannya mengalu-alukan kehadiran semua UA dan berterima kasih kerana memilih UniMAP sebagai lokasi mesyuarat JPKUA terakhir bagi tahun 2017.

Disebelah petangnya pula, JPKUA menerusi JPKUA Outreach Program turut menyertai Aktiviti Kayuhan MAIPS Prihatin dengan berbasikal menyampaikan sumbangan kepada para asnaf.

Sebagai meraikan tetamu JPKUA, Naib Canselor UniMAP, Dato' Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal turut hadir menyertai Majlis Makan Malam dan Penghargaan. Dalam ucapannya, beliau menyatakan sudah tiba masanya Keselamatan Kampus seiring dengan IR4.0 yang disasarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.

 

Kampus Alam Pauh Putra 4 Nov 2017 -Jabatan Keselamatan UniMAP mengorak langkah kehadapan apabila menga...mbil inisiatif memperkayakan ilmu dan kemahiran kepolisan bersama pihak PDRM baru-baru ini. Seramai 60 pegawai dan anggota Keselamatan UniMAP telah mengikuti dengan jayanya pelbagai kemahiran melalui kursus yang dianjurkan selama 4 hari bermula pada 1 Nov hingga 4 Nov 2017. Kursus dan Simulasi Tatacara PDRM ini direka khas bagi memberi pendedahan kepada semua anggota Keselamatan UniMAP dalam menjalankan tugas secara profesional khususnya apabila berdepan dengan warga kampus. Antara modul yang dikongsikan oleh pihak PDRM adalah kaedah penyiasatan jenayah, sekatan jalanraya (SJR), penyuraian perhimpunan haram atau demonstrasi dan risikan jenayah narkotik dan komersil.
Kursus yang dianjurkan sebanyak 2 siri ini mendapat komitmen kerjasama sepenuhnya dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis.

Kursus yang melibatkan 12 Pegawai Kanan PDRM sebagai penceramah dari pelbagai sayap PDRM disempurnakan sendiri perasmiannya oleh YDH Dato' Zull Aznam Haron, Pengarah Jabatan Keselamatan UniMAP. Turut hadir menyampaikan ceramah adalah SUPT. VRaja a/l R. Vadivelu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti serta DSP. Rusli Harun, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguakuasaan Trafik yang juga menjalankan tugas KDNKA , Kontijen Perlis. Hadir sama ASP/KS YM Raja Shah Erman Raja Arifin selaku Penyelaras Kursus.

PERKONGSIAN PDRM - UniMAP
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)

'MENTRANSFORMASI ORGANISASI, MENGUKUH INTEGRITI'

Kuala Lumpur 24 Nov 2017 -Pegawai Keselamatan UniMAP (KP41) , Tuan Khairul Usaidi Harun hari ini menamatkan latihan dalam Kursus Asas Polis Bantuan Pegawai Kanan disini hari ini. Beliau telah berjaya mengikuti kursus ini selama 62 hari bermula pada bulan September yang lalu di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur. Dengan tamatnya latihan ini beliau layak bergelar Asisten Supritenden Polis / Polis Bantuan (ASP/PB) yang merupakan satu-satunya Pegawai Kanan Keselamatan UniMAP yang memegang jawatan tersebut di UniMAP.

Hadir mewakili UniMAP meraikan hari bersejarah ini ASP/KS YM Raja Shah Erman Raja Arifin, Pegawai Tadbir Kanan Jabatan Keselamatan

TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA ASP/PB TUAN KHAIRUL USAIDI HARUN

#keselamatanunimapsentiasadihadapan
#MENTRANSFORMASIORGANISASIMENGUKUHINTEGRITI

 

40 ANGGOTA KESELAMATAN UniMAP JAYAKAN IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) SIRI 1

20 Julai 2017- Seramai 40 kakitangan dan anggota Jabatan Keselamatan UniMAP hari ini melafazkan ikrar dan menurunkan tandatangan Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Majlis disaksikan sendiri oleh YBhg.Prof.Madya Dr. mohd Fo'ad Sakdan, Timb.Naib Canselor (Hal ehwal Pelajar & Alumni ) UniMAP. Dalam ucapannya , beliau menasihatkan agar semua kakitangan keselamatan dapat terus melaksanakan tugas dengan penuh komited dan berintegriti bagi meningkatkan imej jabatan.

Turut melafazkan ikrar ASP/KS YM Raja Shah Erman Raja Arifin,Pegawai Tadbir Kanan dan Tuan Khairul Usaidi  Harun, Pegawai Keselamatan di Jabatan Keselamatan.