No. Rujukan : UniMAP/ICT/Post: 03/18 (422)
Tarikh : 09 Mac 2018
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,
MAKLUMAN PENJUALAN PELEKAT KENDERAAN KEPADA PELAJAR
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa bagi memudahkan pelajar-pelajar membeli pelekat kenderaan UniMAP, pihak Jabatan Keselamatan akan membuat penjualan pelekat kenderaan keluaran 2018/2019 pada 12 mac 2018(Isnin) di lokasi-lokasi seperti ketetapan berikut:
a) Tempat: PF2 (Hadapan ATM)
Masa: 10.00 pg - 1.00 tghari
b) Tempat: Pejabat Keselamatan Blok A1, UniCITY
Masa: 2.30 ptg - 4.00 ptg
3. Dimaklumkan juga, penjualan pelekat ini hanya untuk pelajar sahaja. Pelekat kenderaan untuk staf masih belum dapat dikeluarkan atas beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. Sekiranya pelajar-pelajar tidak sempat hadir untuk membeli pelekat seperti ketetapan di atas, pelajar boleh juga membeli pelekat berkenaan di pejabat Jabatan Keselamatan Kangar pada hari bekerja(Isnin-Jumaat) dari jam 8.30 pagi - 3.30 petang .
4. Selain itu, sebelum pembelian pelekat mohon para pelajar melengkapkan borang permohonan pelekat kenderaan seperti dilampiran.Borang Pelekat Kenderaan Pelajar juga boleh didapati di: https://keselamatan.unimap.edu.my/v3/index.php/download/form
Sekian, terima kasih
Pejabat Jabatan Keselamatan
Universiti Malaysia Perlis