Monday, 11 December 2017 08:49

KESELAMATAN UniMAP JALIN HUBUNGAN ANTARABANGSA UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN IR 4.0 Featured

Rate this item
(0 votes)

 

Jakarta 7 Disember 2017- Jabatan Keselamatan UniMAP membuka lembaran baru dengan mewujudkan hubungan antarabangsa bersama pihak Universitas dan Polis di Indonesia. Jalinan antarabangsa ini diperolehi menerusi Lawatan Penandaaras yang disertai Pengarah Jabatan Keselamatan UniMAP, Dato' Zull Aznam Haron semasa menyertai delegasi bersama Pasukan Polis Bantuan dan Akademi Kepolisan UiTM - PDRM.

Selain berkongsi struktur dan pengoperasian keselamatan kampus di Universiti Indonesia (UI) dan peningkatan ilmu di Sekolah Tinggi Ilmu Kepolisan (STIK) , hari ini Dato' Zull Aznam turut melawat dan berkongsi kepakaran di Markas Komando Kor Briged Mobil (BRIMOB) Polis Republik Indonesia (POLRI). Kunjungan disambut sendiri oleh Brigadir Jenderal Drs. Abdul Rakhman Baso, Komandan Pasukan Pelopor.

Jenderal Abdul Rakhman dalam ucapannya mengalu-alukan lawatan dan perkongsian bersama ini kerana mampu meningkatkan kerjasama 2 negara melalui universitas. Beliau juga menjemput sekali lagi mana-mana universitas untuk berkunjung lagi ke Markas BRIMOB demi mengukuhkan hubungan serumpun serta berkongsi kepakaran masing2 dalam menangani ancaman keganasan.

Kor BRIMOB POLRI adalah pasukan khas komando bagi menangani rusuhan, insiden pengeboman, anti terrorist dan operasi khas.

Turut hadir menyertai lawatan ini ASP/KS YM Raja Shah Erman Raja Arifin, Pegawai Tadbir Kanan Jabatan Keselamatan

Read 34 times Last modified on Tuesday, 12 December 2017 15:53