Filter
  • "SEHATI SEJIWA" KEMERDEKAAN KE 58

    Kangar, 31 Ogos 2015 - Tahniah diucapkan kepada Kontinjen UniMAP yang telah dinobatkan sebagai Johan Perbarisan Hari Kemerdekaan Ke-58 Peringkat Negeri Perlis yang bertemakan "Sehati Sejiwa". Kontinjen ini diwakili oleh Jabatan Keselamatan UniMAP dengan kekuatan seramai 35 kakitangan dan "Parade Commander" En. Abd Razak Din.

  • PENGIRING PERALATAN PERUBATAN

     

    Kuala Lumpur, 11 Ogos 2015 - Jabatan Keselamatan UniMAP telah diamanahkan sebagai pengiring(escort) peralatan Pusat Kesihatan UniMAP  dari Kuala Lumpur ke UniMAP. Jabatan Keselamatan diminta untuk memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan peralatan tersebut.

  • SAMBUTAN AIDIL FITRI DAN FESTIVAL SAJIAN ANTARABANGSA 2015

    Padang Besar, 30 Julai 2015 - Pengarah Jabatan Keselamatan UniMAP, Profesor Madya Nor Azmi Bin Haji Johari mengiringi keberangkatan tiba Tuanku Canselor UniMAP, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Pro Canselor UniMAP, DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil sempena Sambutan Aidil Fitri dan Festival Sajian Antarabangsa 2015.

By Joomla 1.7 Templates