Dari Meja Pengarah

Print

                                                          

                    

 

ALHAMDULILLAH, SAYA PANJATKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN KEHADRAT ILLAHI KERANA ATAS IZIN DAN INAYAHNYA JUA KITA MASIH TERUS DIBERIKAN KEWARASAN AKAL FIKIRAN DAN KEKUATAN FIZIKAL UNTUK TERUS MENJALANKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB  DALAM MELAKSANAKAN TUGAS SEBAGAI PENJAWAT AWAM DI ORGANISASI YANG KITA CINTAI INI.

JABATAN KESELAMATAN UniMAP YANG SAMA USIANYA DENGAN PENUBUHAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS INI SUDAH CUKUP MATANG DAN DEWASA BAGI MERENCANAKAN YANG TERBAIK DALAM MISI DAN VISINYA BAGI MENYOKONG KEHARMONIAN DAN KEAMANAN WARGA KAMPUS DALAM ASPEK PEMELIHARAAN KESELAMATAN STAF, MAHASISWA & HARTA BENDA .DISAMPING ITU JUGA JABATAN INI SENTIASA MENGUTAMAKAN PENGUATKUASAAN  PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG YANG TERMAKTUB DIBAWAH PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SERTA PERLEMBAGAAN MALAYSIA YANG DITERJEMAHKAN KEPADA PELBAGAI AKTA SEIRING DALAM MENDIDIK WARGA KAMPUS AGAR TERUS MENGHORMATI DAN MEMATUHI UNDANG-UNDANG YANG DIWARTAKAN. 

SEBAGAI JABATAN YANG MENERAJUI BENTENG UTAMA UniMAP, KAMI SENTIASA SIAP SIAGA DENGAN PELBAGAI ILMU DAN KEMAHIRAN SEPANJANG 24 JAM BEROPERASI DISELURUH KAMPUS TERAGIH DI NEGERI PERLIS INI.KEKUATAN JABATAN KESELAMATAN UniMAP ADALAH KEHARMONIAN DAN KESEPAKATAN WARGANYA YANG SENTIASA MENGUTAMAKAN FALSAFAH DALAM KERJA YANG SENTIASA BERINTEGRITI SERTA DINAMIK DAN KREATIF BAGI MENCAPAI KEJAYAAN DAN KEGEMILANGAN ORGANISASI.RUANG DAN PELUANG MEMBERIKAN PANDANGAN DAN PENDAPAT DIKALANGAN ANGGOTA DAN WARGA KAMPUS MAMPU MENJAMIN KESEPAKATAN DAN KESEPADUAN DALAM BERSAMA-SAMA MEMAJUKAN UNIVERSITI INI.

SAYA BERDOA DAN MEMPUNYAI HARAPAN YANG TINGGI AGAR JABATAN KESELAMATAN UniMAP BERJAYA MENCAPAI STATUS TERBAIK SETANDING DENGAN ORGANISASI KESELAMATAN LAIN DIMALAYSIA INI

"MENTRANSFORMASI ORGANISASI,MENGUKUHKAN INTEGRITI"

 

YDH.DATO" ZULL AZNAM HARON

Pengarah,

Jabatan Keselamatan UniMAP.

By Joomla 1.7 Templates