BACKGROUND

Print

LATAR BELAKANG JABATAN KESELAMATAN 

Jabatan Keselamatan UniMAP ditubuhkan seiring dengan penubuhan UniMAP (dahulunya dikenali sebagai KUKUM) pada tahun 2002.Jabatan ini ditubuhkan oleh universiti bagi memastikan keselamatan kampus (warga dan harta benda ) dalam jaminan selamat dengan pengawasan dan pemantauan sepanjang masa dalam tempoh 24 jam. Diawal penubuhannya Jabatan ini menjalankan operasi hanya di 2 premis UniMAP iaitu di Kampus Kubang Gajah dan Kolej Kediaman Taman Aman , Bintong Perlis. Dengan jumlah anggota kira-kira 10  orang ketika itu, hari ini setelah UniMAP berkembang pesat membangun di seluruh Negeri Perlis , dengan melebihi 20 lokasi strategik, Jabatan Keselamatan UniMAP telah mengatur semula pengoperasian termasuk penambahan anggota bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan staf terus terpelihara.

 

Dalam merencanakan tugasan dan peranan penting Jabatan ini,Jabatan Keselamatan tidak lagi  hanya menjadi benteng paling hadapan , malah setiap anggota keselamatan UniMAP telah ditransformasikan dengan ilmu dan kemahiran baru yang bukan hanya memberi input tambahan kepada mereka, malah memberi manfaat kepada organisasi .Jabatan Keselamatan UniMAP kini bersedia  menghadapi dan menjalankan sebarang tugasan berkaitan dengan tugasan kecemasan dan luar jangka seperti bencana , kemalangan,kebakaran rusuhan dan aktiviti /program peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

Kerjasama dan hubungan baik bersama seperti PDRM, APM, BOMBA, JABATAN KESIHATAN  telah banyak membantu Jabatan ini memperkayakan anggota dengan ilmu dan kemahiran baru dalam memastikan anggota keselamatan sentiasa siapsiaga dalam apa jua tugasan yang diberikan terutamanya dalam situasi luar jangka.

Dalam memastikan jabatan Keselamatan UniMAP terus kekal mantap dan disegani ,pihak universiti dan PDRM telah meluluskan penubuhan Pasukan Polis Bantuan UniMAP pada tahun 2013. Selaras dengan itu , bermula tahun 2017,Jabatan Keselamatan UniMAP telah dan akan menghantar semua anggotanya mengikuti Kursua Asas Polis Bantuan sebagai salah satu transformasi jabatan dalam meningkatkan imej anggota dan memperluaskan kuasa anggota keselamatan itu sendiri dalam tugasan mereka.Sasaran jabatan ini , sehingga tahun 2020, Jabatan Keselamatan akan berubah wajah , imej dan nama kepada Pasukan Polis Bantuan UniMAP akan berkapasiti penuh dengan semua anggota keselamatan dilantik sebagai Polis Bantuan dengan kekuatan Pegawai dan Anggota.

 

Jabatan keselamatan UniMAP terus mengorak langkah dan mengatur strategi yang berkesan dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada warga kampus dan pihak berkepentingan disamping memastikan setiap anggota terus berdisiplin, komited dan berintegriti.

 

                  "MENTRANSFORMASI ORGANISASI,MENGUKUH INTEGRITI"

Copyright @Jabatan Keselamatan 2017

JABATAN KESELAMATAN  UniMAP 

NO 25 JALAN MERANTI PAYA,

OFF JALAN BUKIT LAGI,

01000 KANGAR,PERLIS

NO TEL :04-979-8181 / 04-979-8571 NO FAX : 04-979-8183

E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Polisi Keselamatan   Dasar Privasi    Hakcipta    Penafian

                                                                    

                    

 

 

 

 

 

 

 Paparan terbaik menggunakan mozilla Firefox dan Google Chrome, Resolusi 1280 x 768       

 

2011. Custom text here
By Joomla 1.7 Templates