PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENA PERSARAAN NAIB CANSELOR UniMAP

Print

PAUH PUTRA, 10 Februari 2016 – Bersempena Majlis Persaraan Datuk Naib Cancelor UniMAP, Jabatan Keselamatan telah mengadakan Perbarisan dan Perarakan yang melibatkan semua staf Jabatan Keselamatan.

 

Majlis ini dirancang secara tertutup untuk memberi kejutan dan sebagai hadiah yang paling bermakna kepada Yang Berbahagia Brigadier Jeneral Datuk Profesor Emeritus Dr. Kamarudin Hussin.

Sebanyak 6 buah Jeep disediakan bagi memeriahkan perbarisan dan perarakan. Semua kakitangan bersatu tenaga memberi komitmen untuk memastikan kelancaran majlis.

Pengarah dan warga Jabatan Keselamatan ingin mengucapkan Jutaan Tahniah kepada Yang Berbahagia Brigadier Jeneral Datuk Profesor Emeritus Dr. Kamarudin Hussin diatas kepimpinan dan pengobanan menerajui UniMAP selama 14 Tahun dengan jayanya.

Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan perbarisan dan perarakan ini. Majlis diadakan di Perkarangan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Pauh Putra.

 

Copyright @Jabatan Keselamatan 2017

JABATAN KESELAMATAN  UniMAP 

NO 25 JALAN MERANTI PAYA,

OFF JALAN BUKIT LAGI,

01000 KANGAR,PERLIS

NO TEL :04-979-8181 / 04-979-8571 NO FAX : 04-979-8183

E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Polisi Keselamatan   Dasar Privasi    Hakcipta    Penafian

                                                                    

                    

 

 

 

 

 

 

 Paparan terbaik menggunakan mozilla Firefox dan Google Chrome, Resolusi 1280 x 768       

 

2011. Custom text here
By Joomla 1.7 Templates