"SEHATI SEJIWA" KEMERDEKAAN KE 58

Print

Kangar, 31 Ogos 2015 - Tahniah diucapkan kepada Kontinjen UniMAP yang telah dinobatkan sebagai Johan Perbarisan Hari Kemerdekaan Ke-58 Peringkat Negeri Perlis yang bertemakan "Sehati Sejiwa". Kontinjen ini diwakili oleh Jabatan Keselamatan UniMAP dengan kekuatan seramai 35 kakitangan dan "Parade Commander" En. Abd Razak Din.

Sebanyak 87 kontinjen mewakili jabatan dan agensi kerajaan, swasta serta badan-badan bukan kerajaan mengambil bahagian dalam perarakan sempena sambutan hari bersejarah itu. Terima kasih kepada Pengarah Jabatan Keselamatan UniMAP, Profesor Madya Nor Azmi Bin Haji Johari diatas sokongan yang diberikan. Tahniah Kontinjen UniMAP .

ketahui lanjut di: facebook Jabatan Keselamatan UniMAP

By Joomla 1.7 Templates